Thursday, December 18, 2014

Laksa Janggus, Balik Pulau



Tempat ni mmg famous,selalu ja tgk program yang popular tentang makanan akan ke sini.
Lama dah teringin nak pi sini.Tapi takdak masa yang sesuai,selalu kalau ke Penang mmg akan ke mall aja.Tapi kali ni sebab ke airport so sempat lah terus ke Balik Pulau.
Sekarang jalan dari Teluk Kumbar nak ke Balik Pulau dah besar,tak macam dulu lagi dah,sempit dan sgt scary..hehehhe..rasa sat aja naik kawasan bukit2 tu..terus sampai simpang kiri yang nak ke Kampung Perlis.Laksa Janggus ni terletak di kawasan kampung Perlis..petua nak cari kedai ni senang aja..cari signboard Kem PLKN White Resort lepas tu signboard Kampung Perlis..dah masuk simpang Kg perlis dalam 1km jumpa kedai Laksa Janggus sebelah kanan..nak lagi senang sila pakai WAZE..hahhaha

Kedai Laksa Janggus tutup hari RABU dan buka pada jam 3ptg hingga 8mlm.
Nasib la aku pi hari selasa..masa sampai situ dalam kul 3ptg,Pelanggan pun tak ramai lagi.Sini konsep layan diri: order makanan,angkat sendiri dan bayar.
Macam kantin sekolah dulu2 tu..



Kami order laksa special RM4...laksa biasa RM3..air minuman dgn ABC tak ingat pulak berapa harga..tapi standard biasa aja harganya..tak mahal pun..

Laksa kat sini boleh tahan rasanya..nak kata tak sedap pun tak..nak kata sedap sangat pun tak..secukup rasa bak kata mak lang aku..kena tanya penggemar laksa tegar baru dia pandai menilai..aku bukan penggemar laksa yer u ols..
Tapi coq pisang dia memang 5 Bintang!
Rangup makan panas2..hari pulak hujan amsa tu.Best la makan goreng pisang panas.
Nak beli goreng pisang kena beratur sebab depa goreng sikit2..sedapnya....


Masa kami nak balik,cuaca masih hujan..sejuk aja area Balik Pulau ni..kampung situ pun bersih aja..
Tapi orang kat kedai makin ramai sebab dah petang kan.

Sebelum sampai Balik Pulau singgah ke Pantai Tanjung Asam kat Gertak Sanggul..sebelum ni kawan2 ada cerita yang pantai kat sini agak cantik,tak sibuk macam Batu Ferringhi..


Tenang aja di sini..orang tak ramai pun.Next time boleh buat family day kat sini.Ombak pun tak kuat sebab pantai berteluk..

habis lah sudah siri jelajah penang selasa lepas..cuti panjang aku start dari khamis lepas...nanti2 pulak update cerita wedding bff di KL.
Looking forward for new years trip...wink wink...





No comments: